fbpx
on your site logo

We are

On Your Side ialah untuk penduduk UK yang menganggap diri mereka komuniti Asia Timur atau Asia Tenggara. Inilah tempat untuk mendapatkan sokongan dan membuat laporan jika anda mengalami atau menyaksikan tindakan perkauman atau sebarang bentuk kebencian lain.

call centre

Mengapa bercakap dengan kami?

Sama ada anda ingin mencari perkhidmatan kaunseling tempatan, bimbang tentang akibatnya jika anda menghubungi polis, atau anda sekadar hanya ingin bercakap dengan seseorang yang dapat menyokong anda, Operator Talian Bantuan dan Pekerja Sokongan kami yang terlatih bersedia untuk menolong anda. 

Melainkan jika ada risiko luar biasa kepada keselamatan anda, atau keselamatan orang lain, kami tidak sekali-kali akan menyampaikan apa-apa yang anda beritahu kepada kami tanpa kebenaran anda. Maknanya anda boleh mendapatkan sokongan daripada kami dalam apa jua keadaan.

Operator Talian Bantuan kami yang mesra bertutur dalam pelbagai bahasa Asia Timur dan Asia Tenggara. Jika anda tidak selesa bertutur tentang pengalaman anda dalam bahasa Inggeris dan pengendali kami tidak bertutur dalam bahasa yang anda perlukan, kami bekerjasama dengan jurubahasa yang dipercayai yang akan menterjemahkan mana-mana bahasa yang anda perlukan.

Dengan memberitahu kami perkara yang telah berlaku kepada anda, anda membantu membina gambaran tentang pengalaman komuniti Asia Timur dan Asia Tenggara di UK. Lebih banyak yang kami tahu tentang apa yang berlaku, lebih berkesan kita dapat mencegahnya daripada berlaku kepada orang lain.

Anda boleh menghubungi kami mengenai sebarang bentuk kebencian. Sebagai contoh...

Adakah perkhidmatan ini untuk saya?

On Your Side adalah untuk sesiapa sahaja di UK yang menganggap diri mereka orang Asia Timur dan Asia Tenggara, termasuk mereka yang berketurunan campuran. Ia juga untuk sesiapa sahaja yang dianggap oleh orang lain sebagai Asia Timur dan Asia Tenggara dan saksi kebencian terhadap orang Asia Timur dan Tenggara daripada mana-mana latar belakang.

Inilah tempat untuk mendapatkan sokongan dan membuat laporan jika anda mengalami atau menyaksikan tindakan perkauman atau sebarang bentuk kebencian lain. Ini boleh termasuk gangguan lisan secara peribadi atau dalam talian, kerosakan jenayah seperti grafiti, atau keganasan fizikal yang dilakukan kerana permusuhan terhadap aspek (atau aspek yang diandaikan) identiti seseorang seperti bangsa, jantina, agama, ketidakupayaan, seksualiti atau kepercayaan politik mereka.

Tidak kira betapa kecil atau remeh anda fikirkan, kami di sini akan mendengar dan menyokong anda.

Kami dibiayai oleh (DLUHC)

Perkhidmatan ini telah dibiayai oleh Jabatan Menaik Taraf Perumahan dan Komuniti melalui Program Selamat Datang HKBN(O). Perkhidmatan ini dikendalikan oleh konsortium pertubuhan amal dan bukan untung dan beroperasi bebas sepenuhnya daripada Kerajaan UK. Melainkan jika ada risiko luar biasa kepada keselamatan anda, atau keselamatan orang lain, kami tidak sekali-kali akan berkongsi kepada orang lain apa-apa yang anda beritahu kepada kami tanpa kebenaran anda.

Apabila anda melaporkan kejadian, anda menjadi sebahagian daripada pergerakan untuk menghentikannya.

Anda boleh kekal tanpa nama sepenuhnya, dan berkongsi sedikit atau seberapa banyak butiran dengan kami yang anda suka. Kami tidak akan berkongsi sebarang maklumat peribadi dengan orang lain tanpa kebenaran penuh dan termaklum anda.

Sila dail

0808 801 0393

Hubungi nombor ini untuk bercakap dengan mana-mana operator panggilan terlatih kami yang akan dapat bercakap dengan anda tentang apa yang berlaku.